Pas Kedah tiada masalah bergerak secara solo dalam menghadapi Pilhan Raya Umum ke-15 jika ia sudah diputuskan di peringkat pusat.<br /><br />Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata, ini kerana sebelum ini, Pas sudah biasa menghadapi pru secara solo tanpa gandingan mana-mana parti.<br /><br />Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di mana parti itu bersedia menghadapi PRU tanpa UMNO selepas kemelut membabitkan kerjasama Pas-Barisan Nasional, BN atau UMNO yang masih berlarutan.
